Suatu hari di sebuah wad gila...
Doktor : Hari ni kamu ikut saya ke pantai ye, Kasim.
Kasim : Kita pergi ke sana nk watpe doktor?
Doktor : Hari ni, saya nak cuba uji kamu sama ada kamu sudah pulih atau tidak.
Kasim : Baik doktor!
Di tepi sebuah pantai berdekatan....
Doktor : Kasim, apa yang kamu nampak di depan kamu sekarang?
Kasim : Saya nampak laut terbentang luas, doktor.
Doktor : Bagus!
Doktor mengalihkan pandangannya ke arah sebuah kapal besar yang sedang berlabuh...
Doktor : Apa yang kamu nampak di sana, Kasim?
Kasim : Sebuah kapal yang besar, doktor.
Doktor : Kapal tu timbul ke tenggelam?
Kasim : Timbul la, doktor!Tu pun nak tanya...
Doktor : Betul tu!Kamu macam dah pulih rasanya.
Doktor mengambil seketul batu lalu dicampakkan ke laut...Kasim memerhatikan tindakan doktor itu...
Doktor : Batu tu tenggelam ke timbul, Kasim?
Kasim : Tenggelam la, doktor!
Doktor : Tadi kamu cakap kapal yang besar itu timbul tetapi kenapa batu yang kecil ini tenggelam?
Kasim : Dah memang keturunan batu tu la doktor, kalau dicamapak ke dalam mana2 air pun pasti akan tenggelam!!!
p/s : Kita sebagai guru tidak boleh mempercayai bahawa anak didik kita yang degil, berperangai buruk dan malas adalah disebabkan oleh keturunannya. Mereka boleh dibentuk sebenarnya dan kitalah (GURU) yang akan memainkan peranan utama untuk mendidik dan membentuk mereka menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta berguna pada bangsa, agama dan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan